Email us : admin@bam.org.my

Latest News

Beregu negara gagal ke final Masters Malaysia

SIBU: Hasrat beregu wanita negara, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen untuk melangkah ke final Masters Malaysia tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dalam aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Sibu, sebentar tadi.

Tewas 20-22 di set pertama, Yin Loo-Cheng Wen kembali bangkit apabila memenangi set kedua 22-20, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, lawan mereka, Lok Yan-Ying Suet tampak lebih bersedia di set penentuan apabila menguasai perlawanan untuk melakar kemenangan 21-15.

Bagaimanapun, Yin Loo-Cheng Wen masih berjaya mengekalkan rekod cemerlang mereka apabila tidak pernah gagal untuk sekurang-kurangnya mara sehingga separuh akhir dalam kejohanan disertai mereka sejak digandingkan pada September 2016.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/237719

NESWLETTER

coming soon...

ADDRESS

  • Badminton Association of Malaysia
  • Stadium Juara, Bukit Kiara Sports Complex, Jalan 1/70 D,
  • Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Tel : +603-2093 9220, +603-2093 9280
  • Fax : +603-2094 5855
  • Email : admin@bam.org.my
  • Copyright © 2015 BAM, All Rights reserved

    Designed & Developed by Datalink