Press Release

BAM SANGKAL DAKWAAN DENDA PUNCA PRESTASI ZII JIA MERUDUM

21

Apr

Share on

KUALA LUMPUR (21 April 2019): Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan akhbar Harian Metro hari ini bertajuk ‘Denda Punca Merudum’ yang telah mendakwa punca prestasi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merosot adalah disebabkan denda besar yang telah dikenakan terhadapnya.

Berikut penjelasan BAM mengenai isu ini:

1. Kenyataan bahawa Zii Jia telah dikenakan denda sebanyak RM80,000 oleh penaja utama BAM, Victor kerana menggunakan pelindung betis jenama lain dengan BAM membayar sebanyak RM50,000 manakala selebihnya telah dibayar oleh pemain berusia 21 tahun itu adalah tidak benar sama sekali.

2. Pihak BAM telahpun membuat kenyataan bertulis kepada pihak Harian Metro menuntut penarikan balik tanpa syarat laporan tersebut.

3. Pengamal media juga diingatkan supaya mendapatkan maklumat dari pihak BAM sendiri sebelum membuat sebarang laporan.